JAWAPAN MAKLUMBALAS / ADUAN / CADANGAN

PAUTAN : BORANG MAKLUM BALAS / ADUAN / CADANGAN

 

 

JAWAPAN KEMASKINI: 16 JUN 2023

___________________________________________________________________

1.

 

Isu: Bendera yang berkibar telah rosak.

Jawapan: Bendera dan tali baharu telah ditukar dan dikibarkan.

Status: Selesai


 

 

JAWAPAN KEMASKINI: 10 MEI 2023 

___________________________________________________________________

1. 

Isu: Penapis air Coway Aras 1 Blok Akasia tidak berfungsi seperti biasa

Jawapan: Pengguna air yang ramai menyebabkan tangki simpanan air sentiasa kurang dan mengambil sedikit masa untuk pengisian semula (refill).

Status: Selesai

2.

 

Isu: Air di bilik mandi Kolej Kediaman Akasia perlahan

Jawapan: Kerja-kerja penyelanggaraan fius perlu dibuat dalam bilik DB elektrik

Status: Selesai


3.

 

Isu: Lampu Aras 1 dan Aras 2 di bilik cucian Kolej Kediaman Akasia tidak berfungsi

Jawapan: Lampu Aras 1 – Menyelanggara fius di dalam bilik DB elekrik | Lampu Aras 2 – Menyelenggara suis lampu sedia ada.

Status: Selesai


4.

 

Isu: Pam tandas rosak Kolej Kediaman Akasia

Jawapan: Menunggu peruntukkan bagi penyelenggaraan akan datang.

Status: Selesai


5.

 

Isu: Paip di tandas Kolej Kediaman Akasia rosak

Jawapan: Perlu mengantikan pili paip baharu dan kerja penyelanggaraan akan dibuat setelah memperoleh stok baharu.

Status: Selesai


6.

 

Isu: Pili paip di bilik mandi Kolej Kediaman Akasia rosak

Jawapan: Perlu mengantikan pili paip baharu dan kerja penyelanggaraan akan dibuat setelah memperoleh stok baharu.

Status: Selesai


7.

 

Isu: Penapis air aras bawah dan aras 1 Kolej Kediaman Akasia tidak dapat digunakan

Jawapan: Penapis air aras bawah tidak dibaiki kerana sudah tamat tempoh kontrak dan bukan aset PTS. Penapis aras 1

Status: Tidak berkaitan

Jawapan: Punca pili paip telah dari pindahkan sinki ke penapis air.

Status: Selesai


8.

 

Isu: Lampu-lampu di koridor Kolej Kediaman Akasia rosak

Jawapan: Telah mengantikan bulb dan starter lampu kalimantang jenis biasa kepada bulp lampu kalimantang LED. Namun begitu, sebahagian lampu akan digantikan setelah memperoleh stok baharu.

Status: Selesai


 

JAWAPAN KEMASKINI: 17 OKTOBER 2021  

___________________________________________________________________

1.

 

Cadangan menyediakan mesin ATM: Mesin ATM yang terdekat adalah terletak di Sawit Commercial Centre Balung iaitu Bank BSN. Proses untuk mendapatkan mesin ATM memerlukan perbincangan bersama IPGKT dan bank yang terlibat.


2.

 

Masalah air di Kolej Kediaman: Unit Pembangunan dan Penyelengaraan akan berbincang dengan kontraktor untuk proses penyelengaraan bergantung kepada peruntukkan yang diagihkan oleh institusi. 

Kemaskini: Tangki simpanan air di kolej kediaman telah selesai diselengarakan pada 26 Ogos 2021.


3.

 

Menu yang disediakan oleh kafeteria adalah terhad dan tidak banyak pilihan: Kafeteria yang sedia ada adalah dibawah kawalan dan seliaan IPGKT. Namun begitu PTS akan menghubungi dan berbincang dengan pegawai yang bertanggungjawab mengenai menu makanan tersebut. 

Kemaskini: PTS telah mengambil inisiatif dalam menyelesaikan masalah ini dengan kerjasama pihak Koperasi Politeknik Tawau Sabah yang akan menyediakan jualan (vendor) di blok akademik untuk memudahkan pelajar membeli makanan.


4.

 

Kemudahan mesin basuh di Kolej Kediaman: Mesyuarat bersama pihak Koperasi Politeknik Tawau Sabah Berhad dan Pengurusan Tertinggi PTS akan diadakan bagi membincangkan isu yang berkaitan.


5.

 

Pengangkutan untuk pelajar pergi ke bandar: Pengangkutan khas hanya disediakan untuk perihal kesihatan dan kecemasan sahaja. Untuk tujuan lain, pelajar perlu menyewa van/pengangkutan awam dan dibiayai oleh pelajar sendiri.


6.

 

Menyediakan mesin fotostat untuk pelajar: Mesin fotostat berbayar akan diusahakan melalui Koperasi Politeknik Tawau Sabah Berhad.


7.

 

Kebenaran membawa pemanas air, periuk nasi dan alat musik: Peraturan Kolej Kediaman jelas menyatakan bahawa peralatan elektrik tidak dibenarkan dalam Akta 174 Kaedah 31 Perkara 7 - kemudahan kediaman/elektrik.


8.

 

Kebenaran keluar malam: Sepanjang pelaksanaan SOP pandemik Covid-19, pelajar hanya dibenarkan keluar sehingga pukul 6.00 petang sahaja (tertakluk kepada kebenaran institusi dan akan dikemaskini dari masa ke semasa) bagi menjaga keselamatan dan kesihatan pelajar. Untuk makluman, sebelum berlakunya pandemik Covid-19, pelajar dibenarkan keluar dari kawasan kolej kediaman sehingga pukul 10.00 malam selaras dengan peraturan IPGKT.


9.

 

Cadangan membuka Klinik Kesihatan: Tiada penjawatan bagi Pembantu Perubatan di PTS. Sekiranya ada pelajar yang sakit atau memerlukan rawatan segera, pihak institusi akan membawa pelajar ke Klinik Kesihatan yang terdekat iaitu Klinik Kesihatan Balung atau Hospital Tawau.


10.

 

Cadangan menyediakan kipas tambahan di Kolej Kediaman: Kipas telah disediakan disetiap bilik pelajar di Kolej Kediaman. Untuk penambahan kuantiti kipas akan dibincangkan bersama Pengurusan Tertinggi tertakluk kepada peruntukan dan keperluan semasa.


11.

 

Bayaran balik yuran kamsis semasa Pandemik Covid-19: Dokumen bayaran balik bagi Sesi Disember 2020 telah dihantar ke Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) untuk urusan pembayaran semula.


___________________________________________________________________

 

 - Untuk pertanyaan, sila hubungi talian rasmi PTS: +6 089 950 500 pada waktu pejabat. Terima kasih -