PERUTUSAN PENGARAH 

 

 Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 

SELAMAT DATANG

Selamat datang ke Portal Rasmi Politeknik Tawau Sabah (PTS). Selari dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) semasa, PTS turut menjadikan Portal Rasmi ini sebagai salah satu usaha dalam mendekati generasi internet sekaligus menyediakan ruang yang lebih luas bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kami melalui maklumbalas pelawat Portal Rasmi ini.

 

TVeT, INDUSTRI 4.0 & IoT

PTS ditubuhkan antara lain bertujuan bagi menghasilkan graduan yang akan memenuhi keperluan industri berasaskan Technical and Vocational Education & Training (TVeT) serta memperkasakan industri tersebut menerusi pendekatan evolusi Industri 4.0 dan 5.0 serta Internet of Things (IoT). PTS juga komited dalam melahirkan modal insan negara dan menjadikan institusi ini sebagai pendidikan tertiari yang relevan kepada kehendak industri masa kini.

 

TERAS STRATEGIK POLITEKNIK

Menerusi Perancangan Strategik Politeknik (2018-2025), PTS turut berusaha dalam memastikan 5 Teras Strategik yang telah digariskan iaitu:

  1. memastikan graduan TVeT berkualiti;
  2. melestarikan institusi kondusif;
  3. memperkayakan bakat;
  4. mengolah reka bentuk sistem pendidikan; dan
  5. memantapkan perkongsian industri & komuniti,

dapat dilaksanakan dengan cemerlang melalui penglibatan kakitangan pengurusa profesional dan kakitangan sokongan PTS secara optimum.

 

SOKONGAN INDUSTRI & KOMUNITI

Justeru itu, selaku Pengarah PTS, saya amat mengalu-alukan sokongan daripada pihak industri dan juga komuniti setempat dalam memperkasakan PTS khususnya Politeknik Malaysia sebagai penyumbang terbesar tenaga kerja TVeT negara.

  

Sekian, terima kasih.

 

PENGARAH
POLITEKNIK TAWAU SABAH

  

 

 #PTSterusmaju