- Butiran
- admin
- Jumlah paparan: 2137
JABATAN PELANCONGAN & HOSPITALITI
( Jabatan Akademik )
DIPERKENALKAN DI POLITEKNIK
Sesuai dengan matlamat Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama pelancongan dunia, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) telah memperkenalkan pengajian pelancongan dan hospitaliti dalam program pendidikan Politeknik Malaysia. Kursus pelancongan dan hospitaliti mula diperkenalkan di Politeknik Malaysia pada tahun 1998 di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) dan pada akhir tahun 2018, Politeknik Tawau Sabah (PTS) merupakan politeknik ke-36, politeknik terbaharu yang menawarkan pengajian Diploma Pengurusan Pelancongan (DUP) dan Diploma Pelancongan Rekreasi (DRT) di bawah Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH).
Jabatan ini juga dikenali sebagai Jabatan Akademik kerana menggabungkan JPH dan Unit Pengajian Am (UPA).
Jabatan Akademik ini diketuai oleh Puan Rosilah Bt Man (DH48)
SEGMEN EKONOMI
Industri pelancongan dan hospitaliti merupakan salah satu segmen ekonomi Malaysia yang kian pesat berkembang. Perluasan dan pertumbuhan produk pelancongan yang meningkat telah mencipta peluang kerjaya yang luas, bertujuan memenuhi keperluan pelanggan di tahap yang unggul dan berkualiti tinggi. Mereka yang bekerja dan terlibat dalam industri ini haruslah sentiasa kompeten; tidak hanya dalam kemahiran teknikal malah dalam kemahiran interpersonal.
DEFINISI PELANCONGAN & HOSPITALITI
Menurut World Tourism Organisation (WTO), Pelancongan bermaksud "Aktiviti pengembaraan seseorang individu ke suatu tempat keluar daripada persekitaran asalnya dan menetap di situ tidak lebih daripada setahun bagi tujuan rehat, perniagaan dan sebagainya." Manakala menurut John Wiley & Sons (1996), Hospitaliti bermaksud "Menyambut tetamu dengan budi bahasa dan kemesraan termasuklah persiapan tempat penginapan, makanan, infrastruktur serta perkhidmatan."
PROGRAM PENGAJIAN
PAUTAN JPH
Carta Organisasi (Terhad):
- CARTA ORGANISASI JABATAN AKADEMIK - versi 2024
Jom Belajar di Politeknik:
- Untuk pertanyaan, sila hubungi talian rasmi PTS: +6 089 950 500 pada waktu pejabat. Terima kasih -