VISI, MISI, DASAR KUALITI & PIAGAM PELANGGAN

 

 

VISI & MISI

 

VISI

Menjadi peneraju institusi TVET yang unggul.

 

MISI

  • Menyediakan akses yang meluas kepada program TVET berkualiti dan diiktiraf;
  • Memperkasa komuniti melalui pembelajaran sepanjang hayat;
  • Menghasilkan graduan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang;
  • Memanfaatkan sepenuhnya perkongsian pintar dengan pihak berkepentingan.

 

 

DASAR KUALITI

 

  1. Menyokong misi dan visi Politeknik Tawau Sabah;
  2. Mematuhi Sistem Pengurusan Organisasi Pendidikan (EOMS) berdasarkan keperluan standard ISO 21001:2018 yang ditetapkan bagi menjamin kecemerlangan pengurusan kualiti institusi;
  3. Mengambil kira pembangunan pendidikan, saintifik dan teknikal yang relevan;
  4. Merangkumi komitmen memenuhi tanggungjawab sosial dan ke arah pengurusan harta intelek; dan
  5. Mempertimbangkan keperluan dan jangkaan pihak yang berkepentingan.

 

 

PIAGAM PELANGGAN

 

  1. Proses pendaftaran pelajar secara manual siap diproses dalam tempoh 1 hari pendaftaran;
  2. Melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut kalendar akademik dan kehendak silibus;
  3. Memastikan bahawa 90% pelajar lulus bagi setiap kursus yang ditawarkan;
  4. Keputusan peperiksaan akhir dapat diproses dalam masa dua minggu selepas peperiksaan akhir berakhir;
  5. Maklumbalas pelanggan akan dijawab dalam tempoh 48 jam waktu bekerja selepas aduan diterima.

 

 

PAUTAN BERKAITAN

 

  

- Untuk pertanyaan, sila hubungi talian rasmi PTS: +6 089 950 500 pada waktu pejabat. Terima kasih -