- Butiran
- admin
- Jumlah paparan: 1512
EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM
(skrol ke bawah untuk pautan)
PERIHAL EKSA
MAMPU telah mengambil inisiatif untuk menambahbaik pelaksanaan Amalan 5S yang kini dijenamakan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Langkah ini selaras dengan usaha memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan agensi–agensi sektor awam melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga agensi sektor awam.
Secara khususnya, penjenamaan semula ini dilaksanakan bertujuan untuk membolehkan agensi kerajaan:
1. memperluas pelaksanaan di agensi-agensi Kerajaan bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif;
2. meningkatkan imej korporat;
3. menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan pihak berkepentingan;
4. menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Amalan Hijau; dan
5. memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian agensi Kerajaan.
Selain daripada itu, EKSA juga memperkenalkan model penilaian dan pengauditan baharu yang merangkumi Kriteria Generik dan Kriteria Khusus dengan turut mengambil kira kepelbagaian premis agensi Kerajaan mengikut jenis-jenis perkhidmatan yang diberikan. Pendekatan one-size-fits-all yang dipraktikkan sebelum ini didapati kurang memadai untuk memenuhi keperluan kepelbagaian agensi Kerajaan pada masa ini. Justeru, penilaian EKSA ini akan disesuaikan mengikut lokaliti agensi yang diaudit.
Kesimpulannya, EKSA yang diperkenalkan ini bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang telah sedia ada diamalkan, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang kondusif.
- sumber: MAMPU
Untuk maklumat lanjut EKSA di PTS, boleh didapati di dalam Garis Panduan Pelaksanaan EKSA PTS, atau klik sini.
LOGO EKSA
Konsep
Warna-warna yang digunakan dalam logo EKSA PTS adalah berdasarkan warna-warna yang terdapat pada Bendera Negeri Sabah dan merujuk kepada amalan hijau.
Definisi
- Biru tua - kekuatan dan semangat kerjasama
- Biru muda - keamanan dan ketenteraman
- Putih - Kemurnian dan kebersihan
- Bunga Raflesia merah - keberanian dan keyakinan
- Daun hijau - Kelestarian dan kehijauan
- 4 bintik putih - 4 maksud EKSA / 4 warna / 4 daerah
Slogan
Slogan EKSA PTS adalah ‘Profesional, Telus dan Selamanya’.
- Profesional - Rekabentuk korporat dan seragam
- Telus - Jelas dan mudah
- Selamanya - Lestari dan sentiasa amal
PAUTAN EKSA
Garis Panduan (Terhad):
- CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA EKSA PTS
- GARIS PANDUAN PELAKSANAAN EKSA PTS
- GARIS PANDUAN PENYELARASAN SUSUN ATUR DI RUANG KERJA PTS
- RUBRIK - KRITERIA GENERIK EKSA (KOMPONEN A, B, C, D, E)
- RUBRIK - KRITERIA KHUSUS EKSA (KOMPONEN F)
- SLAID TAKLIMAT EKSA PTS
- CARTA GANTT EKSA PTS
- PELANTIKAN JK INDUK EKSA PTS (KLIK MEMO)
- PELANTIKAN PIC EKSA PTS MAC 2022 (KLIK MEMO & SENARAI PIC)
- PELANTIKAN PIC EKSA PTS JULAI 2023 (KLIK MEMO) (KLIK SENARAI PIC) - perubahan yang berkenaan sahaja
- TEMPLAT EKSA PTS