- Butiran
- admin
- Jumlah paparan: 1003
UNIT PERHUBUNGAN & LATIHAN INDUSTRI
PERIHAL UNIT
Unit Perhubungan & Latihan Industri (UPLI) merupakan unit yang bertanggungjawab untuk melaksanakan segala urusan dan aktiviti berkaitan latihan industri / praktikal di tempat kerja (L.I.) dan dalam masa yang sama menjalinkan hubungan bersama-sama pihak industri. Oleh itu juga unit ini saling berkait dengan unit-unit lain seperti Unit CISEC dan Pengantarabangsaan selain Jabatan Akademik.
Latihan Industri pula adalah satu syarat wajib bagi pelajar dalam program-program tertentu di semua peringkat pengajian tinggi di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Untuk meningkatkan tahap mampu kerja para graduan, program L.I. diperkenalkan untuk memperkasa kompetensi yang diperlukan. Kursus L.I. memberi pelajar peluang pembelajaran di dunia pekerjaan untuk menerima pengalaman praktikal supaya dapat mempertingkatkan kebolehpasarannya. Kursus ini memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar dari segi perkembangan teknologi, komunikasi yang berkesan, amalan kerja berpasukan, polisi-polisi, prosedur dan peraturan-peraturan, perspektif professional dan pelaporan. Kursus ini akan membina semangat dan sikap yang proaktif di kalangan pelajar dan seterusnya meningkatkan keyakinan mereka untuk menjadi pelatih yang cemerlang.
Unit ini diketuai oleh: Encik Mohd Iqbal Bin Jaafar (DH44)
PAUTAN UNIT (klik)
Garis Panduan:
- Untuk pertanyaan, sila hubungi talian rasmi PTS: +6 089 950 500 pada waktu pejabat. Terima kasih -