PERUTUSAN PENGARAH 

 

 Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 

SELAMAT DATANG

Selamat datang ke Portal Rasmi Politeknik Tawau Sabah (PTS). Selari dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) semasa, PTS turut menjadikan Portal Rasmi ini sebagai salah satu usaha dalam mendekati generasi internet sekaligus menyediakan ruang yang lebih luas bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kami melalui maklumbalas pelawat Portal Rasmi ini.

 

TVET, INDUSTRI 4.0 & IoT

PTS ditubuhkan antara lain bertujuan bagi menghasilkan graduan yang akan memenuhi keperluan industri berasaskan Technical and Vocational Education & Training (TVET) serta memperkasakan industri tersebut menerusi pendekatan evolusi Industri 4.0 dan 5.0 serta Internet of Things (IoT). PTS juga komited dalam melahirkan modal insan negara dan menjadikan institusi ini sebagai pendidikan tertiari yang relevan kepada kehendak industri masa kini.

 

TERAS STRATEGIK POLITEKNIK

Menerusi Perancangan Strategik Politeknik (2025-2030), PTS turut berusaha dalam memastikan 7 Teras Strategik yang telah digariskan iaitu:

  1. memastikan graduan TVET berkualiti;
  2. Memantapkan governan yang responsif dan mampan;
  3. Memperkasa bakat;
  4. Pemantapan program pengajian;
  5. Memperkukuh kolaborasi industri, komuniti dan alumni;
  6. Membudayakan penyelidikan dan inovasi;
  7. Memperkukuh pembelajaran sepanjang hayat,

dapat dilaksanakan dengan cemerlang melalui penglibatan kakitangan pengurusan profesional dan kakitangan sokongan PTS secara optimum.

 

SOKONGAN INDUSTRI & KOMUNITI

Justeru itu, selaku Pengarah PTS, saya amat mengalu-alukan sokongan daripada pihak industri dan juga komuniti setempat dalam memperkasakan PTS khususnya Politeknik Malaysia sebagai penyumbang terbesar tenaga kerja TVET negara.

  

Sekian, terima kasih.

 

PENGARAH
POLITEKNIK TAWAU SABAH

  

 

 #PTSterusmaju

 
 

 

 CARTA ORGANISASI PENGURUSAN

* Rujukan utama Carta Organisasi PTS adalah carta yang disahkan oleh pihak pengurusan.

 

 PTS Management Organisational Chart

 Klik imej di atas untuk melihat paparan yang lebih jelas (format .pdf)

 

PENGENALAN POLITEKNIK TAWAU SABAH 

 

 

Politeknik Tawau Sabah (PTS) merupakan Politeknik Malaysia yang ke-36 dan politeknik paling baharu ditubuhkan di Malaysia. PTS telah didaftarkan pada 1 September 2017 di Tawau, Sabah di bawah naungan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT).

 

PROGRAM PENGAJIAN 

Buat masa ini PTS menawarkan dua (2) program pengajian diploma iaitu Diploma Pengurusan Pelancongan (DUP), ambilan pertama pada sesi Disember 2018, dan Diploma Pelancongan Rekreasi (DRT), ambilan pertama pada sesi II: 2022/2023 (Mac 2023). Semua program pengajian ini di bawah Jabatan Akademik.

 

CO-EXIST 

PTS merupakan satu-satunya Politeknik dan Institut Pendidikan Guru (IPG) di Malaysia yang wujud bersama-sama (co-exist) dalam satu kawasan. PTS dan IPG Kampus Tawau berkongsi fasiliti dan tenaga kerja meskipun mempunyai visi dan misi yang berbeza. Ini yang membuatkan PTS unik!

 

HAB PENDIDIKAN 

Bertempat di Balung, Tawau, PTS dikelilingi institusi-institusi pendidikan lain seperti IPG Kampus Tawau dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sabah, Kampus Tawau. Malah, sekolah berdekatan, SMK Balung pernah dianugerahkan sebagai 'Sekolah Cemerlang Luar Bandar'.

Tidak jauh dari Balung, terdapat beberapa lagi institusi pendidikan tinggi (IPT) seperti Pusat Luar Universiti Malaysia Sabah (PLUMS Tawau), Open University - Tawau Learning Centre dan Kolej Komuniti Tawau Sabah yang terletak di Bandar Sri Indah.

 

LOKASI STRATEGIK 

Selain berada dalam hab pendidikan Balung, lokasi PTS juga strategik dalam sektor pelancongan kerana tidak jauh dari Lapangan Terbang Tawau (12km), Pulau Sebatik, Malaysia-Indonesia (47km) dan jeti pelancongan ke pulau-pulau terkemuka di Semporna (74km).


DESTINASI PELANCONGAN 

Tawau, Sabah mempunyai destinasi-destinasi pelancongan menarik seperti Bukit Tawau (56km) yang diiktiraf dunia dengan penemuan pokok tropika tertinggi dan merupakan tinggalan gunung berapi dahulu kala; Bukit Gemok (46km) mempunyai jambatan kanopi tersendiri; Air Panas Tawau (41km) antara dua kolam air panas terkenal terdapat di Sabah selain di Poring, Ranau; Pasar Tanjung (37km) pula mempunyai pelbagai jualan hasil hidupan laut seperti ikan bilis, udang dan ikan kering dengan harga paling rendah sehingga menjadi tumpuan utama pelancong tempatan di seluruh Malaysia jika singgah ke bandar Tawau. Bahkan Tawau juga merupakan laluan utama untuk ke kawasan konservasi terkenal Lembah Danum dan Maliau Basin; dan perhentian utama untuk ke pulau-pulau di Semporna.

 

POTENSI PTS 

Justeru itu PTS pantas menjalinkan kerjasama bersama-sama pemain-pemain industri pelancongan di Tawau dan negeri Sabah dalam hal-hal akademik, meningkatkan kemahiran staf, tanggungjawab sosial dan promosi bagi kedua-dua belah pihak.

Ini menjadikan PTS sebagai sebuah IPT pilihan utama bakal pelajar di kawasan ini dan juga negeri Sabah untuk melanjutkan pendidikan dalam program pengajian yang ditawarkan, seterusnya berpeluang mempunyai pekerjaan khususnya dalam bidang pelancongan.

 

 

 #PTSterusmaju

 


 

 INFRASTRUKTUR & FASILITI

 

 

PENGURUSAN / PENTADBIRAN:

  • Pejabat Pengarah, Timbalan Pengarah, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik & Lobi
  • Pejabat Pensyarah
  • Pejabat Unit Khidmat Pengurusan
  • Pejabat Unit Kewangan & Akaun
  • Pejabat Unit Hal Ehwal Pelajar
  • Pejabat Unit Peperiksaan
  • Pejabat Unit Komunikasi & Hubungan Korporat
  • Pejabat Unit Pembangunan & Penyelenggaraan Fasiliti
  • Pejabat Unit Perhubungan & Latihan Industri
  • Pejabat Unit Pengurusan Psikologi
  • Bilik Mesyuarat
  • Bilik Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
  • Stor Utama
  • Surau
  • 2 Blok Kolej Kediaman (Asrama Pelajar)

 

AKADEMIK:

  • 17 buah Bilik Kuliah
  • Dewan Kuliah (Al-Jabbar)
  • Global Distribution Centre (GDC) / Makmal Komputer
  • Tourism Recreational Resource Centre (TRRC)
  • Tourism Simulation Centre (TSC)
  • Tourism Interpretation Centre (TIC)
  • Bilik Keusahawanan
  • Stor Unit Sukan, Ko-kurikulum & Kebudayaan
  • Perpustakaan

  

CO-EXIST IPGKT:

  • Pusat Sumber IPGKT
  • Masjid
  • Medan Selera
  • Kafeteria Asrama
  • Gimnasium
  • Astaka, Gelanggang Sukan & Padang
  • Dewan Serbaguna Datuk Amir Bek

 

GAMBAR INFRASTRUKTUR & FASILITI:

 

- Untuk pertanyaan, sila hubungi talian rasmi PTS: +6 089 950 500 pada waktu pejabat. Terima kasih -

 
 

 

VISI, MISI, DASAR KUALITI & PIAGAM PELANGGAN

 

 

VISI & MISI

 

VISI

Menjadi peneraju institusi TVET yang unggul.

 

MISI

  • Menyediakan akses yang meluas kepada program TVET berkualiti dan diiktiraf;
  • Memperkasa komuniti melalui pembelajaran sepanjang hayat;
  • Menghasilkan graduan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang;
  • Memanfaatkan sepenuhnya perkongsian pintar dengan pihak berkepentingan.

 

 

DASAR KUALITI

 

  1. Menyokong misi dan visi Politeknik Tawau Sabah;
  2. Mematuhi Sistem Pengurusan Organisasi Pendidikan (EOMS) berdasarkan keperluan standard ISO 21001:2018 yang ditetapkan bagi menjamin kecemerlangan pengurusan kualiti institusi;
  3. Mengambil kira pembangunan pendidikan, saintifik dan teknikal yang relevan;
  4. Merangkumi komitmen memenuhi tanggungjawab sosial dan ke arah pengurusan harta intelek;
  5. Mempertimbangkan keperluan dan jangkaan pihak yang berkepentingan.

 

 

PIAGAM PELANGGAN

 

  1. Proses pendaftaran pelajar siap diproses dalam tempoh 1 hari pendaftaran;
  2. Melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut kalendar akademik dan kehendak silibus;
  3. Memastikan bahawa 90% pelajar lulus bagi setiap kursus yang ditawarkan;
  4. Keputusan peperiksaan akhir dapat diproses dalam masa dua minggu selepas peperiksaan akhir berakhir;
  5. Maklumbalas pelanggan akan dijawab dalam tempoh 48 jam selepas aduan diterima.

 

 

PAUTAN BERKAITAN

 

  

- Untuk pertanyaan, sila hubungi talian rasmi PTS: +6 089 950 500 pada waktu pejabat. Terima kasih -

 

 
 
 
 
 
Ke Atas