UNIT PENGURUSAN PRESTASI
PERIHAL UNIT
Unit Pengurusan Prestasi PTS bertanggungjawab mengemaskini data pencapaian aktiviti petunjuk prestasi utama (KPI) ke dalam Sistem Prestasi Politeknik dan Kolej Komuniti (PERSIST) pada setiap sukuan/tahunan. Berikut adalah antara fungsi unit ini:
- Merancang aktiviti pengurusan prestasi.
- Menyediakan petunjuk prestasi politeknik mengikut sistem pengukuran prestasi yang ditetapkan oleh JPPKK.
- Menyebar maklumat berkaitan petunjuk prestasi kepada semua pihak berkepentingan.
- Menganjurkan aktiviti berkaitan pengurusan prestasi.
- Memantau pencapaian jabatan/pusat/unit bagi setiap petunjuk prestasi politeknik.
- Menyelaras dan pengemaskinian data dan maklumat berkaitan pengurusan prestasi.
- Menyediakan laporan pencapaian prestasi politeknik.
- Melaksanakan penambahbaikan berterusan berkaitan pengurusan prestasi.
Unit ini diketuai oleh: Puan Rusiana Binti Rahim (DH10)
PAUTAN UNIT (klik)
- Untuk pertanyaan, sila hubungi talian rasmi PTS: +6 089 950 500 pada waktu pejabat. Terima kasih -